Zuzzu Rellone
Ramadhan- time to recharge .
Wednesday, July 18, 2012 @ 8:27 AM | 0 Your Espresso

Assalamualaikum kawan-kawan!




mcmana dah ready Ramadhan nak mai dah ni, 2 hari ja lagi? Ya Allah, rindu sangat bulan ni..banyak sgt nama bulan ni, bulan maghfirah, bulan Al-Quran, bulan ibadat, bulan rahmat dan segalanya bulan lah, bulan terbaik, doa seorang tok guru di Pendang, Ya Allah..aku pohon jangan engkau lelapkan mata ku pada waktu malam, kerana aku ingin beribadat kepadaMu.. sampai mcm tu kengkawan, jadinya ustaz tu tak penah tdoq dlm bulan Ramadhan, lain pulak dgn kita, lebih pulak tido kan? kena ubah ni, guna kesempatan kelebihan bulan nie okayyyy?




kata Ustaz Azki Hafizi, kita sambut bulan Ramadhan ni seolah-olah seorang isteri menyambut kepulangan suaminya yg 11 bulan tak balik rumah, kita ni diumpakan sebagai isteri, bulan Ramadhan tu suami. So mesti la kita siap sedia kan? kita isteri kena cantik-cantik, pi SPA la, beli baju baru semata-mata nak nampak cantik untuk suami, lepas tu bila suami dah balik, kita layan dgn baik, sentiasa berkepit dgn dia sebab dia balik selama sebulan ja. Haaa mcm tu la kita, bulan Ramadhan nak mai dah ni, kita kena ready, siap sedia mula baca Quran hari-hari, banyakkan ibadat solat sunat, sebab nak latih ni nak solat terawih berdiri lama, jaga segala anggota badan gitu.. Aicewah mcm ustazah pulak, tapi tu lah hakikatnya kan? rindu sebab bulan Ramadhan mai skali ja setahun ni... taun depan? belum tentu kita sempat lagi, ada jaminan?



sedikit renungan untuk kita bersama :D

Ramadhan semakin hampir. Hujung minggu ni.
Siapa yang baca Al-Quran masih malas-malas, boleh mula warming up sekarang.
Siapa yang susah nak solat banyak, berdiri lama, boleh mula stretching sekarang.
Siapa yang asyik cakap benda jahat, lucah, boleh mula belajar zip mulut sekarang.
Siapa yang liat urat untuk lakukan kebaikan, boleh mula regang-regangkan urat sekarang.
Sampai ke Ramadhan belum tentu, itu sebab kita bersungguh berdoa. Takut Allah tak pilih untuk melaluinya. Nanti bila sudah berjaya masuk dalam Ramadhan, kita bersungguh-sungguh usahakannya, sebagai tanda syukur kepadaNya. Dan bila keluar dari Ramadhan, kita menjadi baik dari sebelum memasukinya sebagai tanda kita telah berjaya.
Jom.
————————————————-
Semoga Allah sampaikan kita kepada Ramadhan.
Sikit lagi ni. Sikit lagi.
Allahumma amiin!




meh tgk sikit warming-up Ramadhan, kita ni manusia bkn bleh berubah secara on the spot kan? kena slow-slow, supaya tak culture shock la org kata kan, jangan lupa pulak 10 akhir Ramadhan tu, tingkatkan keimanan, alang-alang kita beribadat, biar sampai kemuncak, kita selalu malam last tu la kalut baju raya tak beli, kuih raya tak sempat, terlupa dgn kelebihan 10 malam terakhir, terlupa malam Al-Qadar yg semua org ternanti-nanti. mana tau kita dapat? wahhhh! jadi, jangan terlalu mencintai Syawal, tapi bersedihlah akan kepergian Ramadhan..


okay tu ja, lama sgt tak update, sekali update tentang Ramadhan terus lah, hehe lagi satu, jangan lupa waktu-waktu mustajab doa dalam bulan Ramadhan ni, antaranya waktu sahur, dalam 10 minit nak masuk Subuh, waktu berbuka, waktu lepas solat terawih, grab the chances! terutama kita sbg pelajar, yg nak hadapi banyak test kan? doa tau, usaha saja tak guna, kelebihan sebenaqnya test dalam bulan puasa, bangun tahajud terus sahur kan? jgn fikir letih, ilmu tak boleh didapat dengan badan yg rehat, pesan seorang ibu.. 


InsyaAllah kita berjumpa di lain lembaran, puasa dgn penuh keimanan yee, kita buat dosa banyak mana pun, Allah bagi kat kita satu bulan khassss untuk kita mintak keampunan.
 baik kan Allah?


sabda Rasulullah S.A.W yg bermaksud: Barang siapa yg datangnya bulan Ramadhan, dan selepas berakhirnya bulan tersebut dia masih lagi dalam keadaan berdosa, sesungguhnya dia orang yg paling rugi.

Salam Ramadhan Al-Mubarak :)


Older Post | Newer Post



Ya Allah..Engkau berilah ilmu yg bermanfaat kepada kami, kuatkanlah ingatan kami, jadikan lah kami orang-orang yg berjaya dan berguna..



Home of Story
Meet The Ladyy
Psssstt Psssttt :p
I love Them :p





FullMade By: SiGemukKyfi
Template By: Mr.Google
Image By: We Heart It