15 Mei- Nakbah Palestin .
Tuesday, May 15, 2012 @ 10:09 AM | 0 Your Espresso
Hai kawan-kawan yg ada di alam maya, yg mana ada facebook twitter dan segala bagai tu, mesti profile picture kawan-kawan ada gambar yg berwana koko background mcm kat bawah ni, sama ada muslimin ataupun muslimat kan, comel comel dan kacak gitu. Tapi ramai yg bertanya, kenapa? why? limaza? tetiba ja semua pakat tukaq boh gambaq tu ni? ha takpa, satg cek bercerita.. okay gambaq kat atas tu mmg femes sgt org guna buat DP. tp dgn kemajuan teknologi skrg, ramai jugak yg edit boh shawl la, rambut afro la, janggut misai, serban kepiah mcm mcm, hehe tapi apa pun tahniah atas semangat korang yg sanggup tukaq jugak utk tunjukkan sokongan kita terhadap saudara kita di Palestin, sallute korang ! kita sebenarnya sedang melancarkan Perang Media !
Nakbah bermaksud malapetaka. Nakbah Palestin ni merujuk kepada penubuhan negara haram Israel yg telah diisytihar secara rasmi pada 15 Mei 1948. sekarang dah 64 tahun mereka menguasai Palestin, selama itu juga rakyat Palestin menderita. Yahudi terus menerus menganyang mereka, meruntuhkan rumah, membakar kebun, buat perumahan baru untuk pendatang baru, bahkan mencabul kehormatan dan kesucian qiblat pertama umat islam, Masjidil Aqsa dgn cita-cita mereka untuk meruntuhkan dan membina kuil Yahudi di atas tapak tersebut. Mereka telah memenjara seramai lebih 12 ribu orang termasuklah wanita yg hamil, orang tua, kanak-kanak yg tidak berdosa. Pada hari ini, Selasa 15.5.2012, hari ulangtahun negara haram Israel.
Memandangkan hari ini dah 64 tahun Palestin dijajah, umat Islam hari ni tidak lagi bersedih, bersimpati malah bangkit bersatu memperjuangkan hak Palestin, petanda bahawa umat Islam akan menang semakin jelas kelihatan, antaranya kelahiran semula generasi Al-Quran di kalangan generasi muda rakyat Palestin yg berpegang teguh pada Al-Quran dan Sunnah sbg asas untuk meraih kemenangan. Selain itu, sokongan dunia antarabangsa terhadap isu Palestin semakin meningkat, bukan saja di kalangan negara Islam, bahkan negara Barat turut membantah kekejaman Yahudi laknatullah itu.
Ok masuk balik tajuk kenapa kita mesti tukaq jugak DP tu? apa kaitan? ok kata Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi ketika menjelaskan hukum mogok lapar oleh tahanan umat Islam di dalam penjara Israel . " Mereka adalah pejuang keadilan, mogok lapar adalah hak mereka yg diiktiraf bertujuan utk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yg dilakukan ke atas mereka. Oleh itu, menjadi kewajipan ke atas semua umat Islam utk memberikan sokongan padu kepada mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demonstrasi atau sokongan moral termasuklah mogok lapar, atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita sentiasa bersama mereka "
Paper Metro hari ni mengeluarkan kenyataan bahawa akhirnya pihak Jabatan Penjara Israel menuruti kehendak para tahanan Palestin. Pemimpin suma dah buat perjanjian dgn menandatangani satu persetujuan utk mengakhiri mogok lapar dan tuntutan-tuntutan mereka semua dipenuhi. Alhamdulillah..kalau nak tau selanjutnya baca paper, tekan ja link ni Metro .. sedikit sebanyak tanggungjawab kita terlaksana, walaupun tak banyak, tapi better dari tak buat langsung kan?
dah tu? mcmana kita boleh tolongnya kalau tukaq DP pun? ni antara persoalan mereka.. Ni sebenaqnya satu kempen kesedaran untuk maklumkan pada seluruh negara dan seluruh umat Islam bahawa saudara-saudara kita di Palestin sedang menderita. walaupun hanya menukar profile picture, sebenarnya kita telah membantu menimbulkan kesedaran kepada sahabat2 kita yg tak amek tau pun pasai isu Palestin.. gitu ja pun, dah kalau nak doa, minda takmo nak ingat dkt Palestin sama, nak bagi duit pun berat nak hulur, tukaq ja preeeee of chargeee :)
ok dah nak tunjuk sikit-sikit ja gambaq yg comel dan kacak :D
Akhir kata, segala info tentang Nakbah ni dipetik daripada website ni Nakbah Palestin, boleh baca untuk info seterusnya, ampun maaf sekiranya terkasar bahasa, tersalah bicara. sedikit renungan, kita hidup dalam nikmat kesenangan, namun mampukah kita meraih kasih sayang Allah? sementara mereka yg berjuang untuk negara, sekiranya mati, syahid bagi mereka, gunalah nikmat yg Allah beri ini dengan sebaiknya..
|
![]() ![]() ![]() ♚ Meet The Ladyy ♚ Psssstt Psssttt :p ♚ I love Them :p ![]() ![]() ![]() Template By: Mr.Google Image By: We Heart It |